Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:
1. Sebelum khatam Al Quran.
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah? "
Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah? Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
"Sebelum engkau hendak tidur bacalah:
1. Al-Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.
2. Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.
3. Beristighfarlah untuk para muslimim maka mereka, akan meredai kamu.
Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat
(Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.)
4. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.
Adapun amalan Rasulullah sebelum tidur itu membaca surah Al-Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca Suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadian sementara yang sejahtera dan terang-benderang.
Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita dijauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
Sekadar peringatan pada diri sendiri dan rakan2..moga dijadikan amalan utk kesejahteraan bersama..Amin..
2 comments:
alhamdulillah...good info!..thank you..moga2 ilmu ini dimanfaatkan pada semua yang membaca.....
baca dan amalkan tau! kiter pun dpt gud share gak..hehehhe
Post a Comment