Happy Birthday Sayang...
Anak ma dah setahun..
Setahun yg lalu 29 September 2006, tepat pukul 3.21 ptg, hari Jumaat..ma selamat lahirkan seorang baby yang cantik, sempurna dan comel.
Selepas abah azan dan Qamat kan baby, ma & abah berikan nama Aina Umairah untuk sayang. Permaisuri yang mempunyai mata yang cantik... inilah makna nama sayang.
Moga sayang ma akan jadi seorang insan yang sempurna dan berakhlak mulia seperti seorang permaisuri..seperti Fatimah Al - Zahra dan Aisyah..amin
Dah setahun Umairah sinari hidup Ma & Abah dengan keletah dan gelak tawa sayang. Dah setahun juga tak kering-kering air mata Ma & Abah bila sayang sakit, bila sayang meragam tak sihat... tapi, semua ni menjadikan Ma & Abah lebih kuat dan tabah menjaga Umairah sehingga akhir hayat kami..Insya Allah.
Doa kami..moga Aina Umairah sihat dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak baik...moga Aina Umairah akan jadi anak yg solehah, yg bijak dan terang hatinya, menjadi hamba yg bertaqwa dan beriman serta hamba yg mengerjakan solat sepanjang hidup sayang..
Terima kasih sayang, thank you very much... senang sangat ma & abah jaga dan besarkan Umairah. Masa ma jaga Umairah sorg2 kat sini, Umairah byk tolong mama. Sayang tak banyak ragam... Sayang sentiasa happykan mama... Ma bertuah dapat Umairah...Ma & Abah Sayang Umairah...dunia dan akhirat.
Sempena 1st Birthday Aina Umairah...ma nak tulis skit tentang sayang..
1) Lahir: 29092006..3.21 ptg di Dewan Bedah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Berat: 3.5kg
2) 09012007 - first time baby meniarap.. masa tu pukul 8.00 mlm, ma baru nak tgk Berita
3) 22012007 - first time u had ur first meal...nestum.
4) 14042007 - Aina belajar merangkak
5) 16042007 - Baby dah pandai maju ke depan :)
6) 07-09 Mei 2007 - Ma & Abah takkan lupa tarikh nie. First time sayang admitted kat wad 17.
Lung Infection..Alhamdullilah..you r now fully recovered.
7) 20052007- Umairah officially merangkak
8) 21052007 - sehari lepas merangkak, Umairah berdiri pulak...wow!
9) 21062007- Sayang dah duduk tanpa disokong...
10) 03072007 - baby clapped hands for very 1s time
11) 23072007 - Huhuhu Aina first time kena demam campak
12) 02082007 - berdiri dan lepaskan tangan.
13) 09082007 - Umairah berjalan ngan "baby's step walker"
14) 17082007- Aina dah tumbuh gigi bawah..1 dulu..sekarang dah 2 atas dan 2 bwh...
15) 01092007 - Sayang officially dah jalan...alhamdullilah.
Seronok ma membilang hari tengok perkembangan umairah dari lahir hingga sekarang, happy sgt layan kerenah dan telatah Umairah...yang paling ma suka..ma tau anak ma nie penyayang sangat.. lembut hati dia.
Sekarang...
* dah laju sayang berjalan jatuh
* dah tunjuk minat pada muzik, bears, books...and food!
* dah tunjuk minat pada muzik, bears, books...and food!
* dah pandai cium my cheek bila kena marah..nak pujuk la tu
* dah pandai berjoget bila dgr lagu
* dah pandai wave hand..bubbye
* dah makin manja...menjadi2 manjanyer
* dah pandai merajuk (ikut perangai ma ye?)
* dah pandai mcm2 lagi laa.. tak larat nak tulis la syg..
* dah pandai mcm2 lagi laa.. tak larat nak tulis la syg..
...n dah pandai mintak adik. heheheh
Selamat Hari Jadi syg... just wait for your Birthday Bash to come...