Monday, August 22, 2005

KENDURI KAHWIN LAGI..

21st August 2005: Felda Tenggaroh 1, Mersing

Semalam aku 'dipaksa' ikut g kenduri kwen sedara aku kat Felda Tenggaroh 1, Mersing..hwaa..jauh nyer..

Baru aku tau camner kehidupan mereka yg tinggal kat kawasan Felda..pergghhh..nama jer Felda tapi rumah diorg besar2 beb! banglo sorg sebijik.. itu lah yg dinamakan REZEKI..

Jauhnyer perjalanan semlm! aduh naik panas punggong tau...mmg tiring but i was very happy...sebab dapat tgk tempat org...Dari Muar-Batu Pahat-Air Hitam-Kluang-Kota Tinggi-Felda Tenggaroh-Mersing- Kluang-Air Hitam- Batu Pahat- Muar- Umah nenek- umah aku- ZZZZZZZZ..penat gilos but i enjoyed!

Along my journey to the destination....i can say 80% of the sceneries is KELAPA SAWIT! Pergghh..Bangga aku jadik anak Johor! bersyukur sgt di atas hasil bumi anugerah Allah!

Balik tu aku n family g Mersing, beli keropok..tak penah smpi Mersing...nasib baik la WMS aku tak buat hal...alhamdulillah

hmmm..yg paling penting! aku dah delete Pulau Sibu, Pulau Tioman, Tanjung Leman n Pulau Pemanggil..dari list my honey moon destination..sebab....jauh sgt12 aku tak sanggup...

but the most enjoyable moment was... my valuable time with my family member!!!! luv u guys!

adios amigos..wassalam..

Tuesday, August 16, 2005

KAK NIZA SEMAKIN SIBUK?? biar betul!


HMM..CERITA HARI NIE, PASAL ONE OF MY COLLEAGUE LA..kak niza

sekarang nie, nak nmpk dia kat depan pc RND nie susah sgt...sekali sehari pun susyah! ni sumer gara-gara Corporate Training PDRM tu...hahah..gud 4 u kak Niza! at least kami takder masalah tunggu turn utk guna RND 5 yg ko selalu conquer sorang tu :p

tapi, honestly, rasa windu gak..dah lama rasa nyer tak meluahkan rindu dendam (syyhhh kiter jer tau kak niza!) :p. tak share citer2..tak gossipping ngan dia..waarrgghhh..windunyer nk spend time ngan dia kat Casablanca!!!

cepat la PDRM tu abis..miss her so much! :(


Gambar di atas menunjukkan ke'terror'an dia main puzzle tu...in another word..kehebatan dia mengular di waktu bekerja..hahahahha ;p

Pesanan utk Kak Niza:

Jgn lepas nie, ader abg polis anta rombongan kat uma Mak udah!!
kawen bwh pedang la ko Kiah oii..
Carik yg ader calit 4 or 5 tau..setakat prebet...
hmmm Malam sikit la!!!
akupundahtaksabarnakkawennielagi3bulanlamanya!

Monday, August 15, 2005

Aku Yang Ternoda...aku bukan org suci!


THE UNFORGETABLE MOMENT..

Sabtu:13th August 2005.

I'll absolutely remember this date..ever!

Hari ini kesucian ku telah ternoda!!! oohh tidak!!! Dan org yg BERANI berbuat demikian..tak lain tak bukan...TASYA ..hwaaa..sampai hati tasya wat KAK LIA camnie (not yet auntie haa...) SUNGGUH BERANI ORANG ITU..tasya! tak kira..kena bertanggungjawab!!

Citernyer camnie..Sabtu lepas aku anta Kak Olynn balik, terus jumpa la kakak Kak Olynn, merangkap jurugambar professional aku utk majlis persandinganku nanti.

Then, Kak Olynn pun pamerkan anak dia..Si Tasya a.k.a Si Chubby tu..aku pun teruja la sgt...terus gomol dia sepuas hati..hmm..best! Memang seronok main ngan Tasya, puas hati aku dpt cium dia..

Agaknyer, Tasya nie..dlm diam dia berdendam kat aku agaknyer. "Nanti Kak Lia nie. Rimas laa"
kata Tasya dalam hatinyer, dia tunggu jer turn nk kena kan aku lak...

So smpi la masanyer aku nk beransur balik setelah kira2 15 minit mencemar duli kat umah Kak Olin..Dgn sopannyer aku slm kakak Kak Olynn, Kak Olynn n last sekali aku nk slm Tasya.. Tetiba..jeng..jeng..jeng.. (INTERVAL)

Tetiba..Tasya slm aku (dlm hati berkata "pndi Kak Olynn ajar anak, baru 6 bulan dah pndi slm org tua" )..dia pegang tangan aku, terus bawk ke mulut cute nyer itu. Tapi, ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan da...!

Tasya jilat tangan aku!!! siap nak masukkan mulut lagi!!! eeeeiiiiii...mau tak menjerit aku!!! Nasib baik la TASYA , kalau mama Tasya..eeii...tak dpt aku bygkan dgn mata kasar..

TASYA...TASYA, kut yer pun suka sgt kat KAK LIA, jgn la obvious sgt..sampai nk jilat2...

Tapi, walau aper pun, aku berbangga..nmpknyer she's getting cleverer..dan aku berbangga menjadi mangsa TASYA yg PERTAMA.. Aku bukan org suci.!

Pesanan utk Tasya: Siap la ...kena explain kat ABG Kamarul tau! ayo tak tau..:P

Luv u TASYA..ever...aku pun doa..moga dpt anak yg cute, chubby n pintar cam Tasya...

Saturday, August 13, 2005

There's nothing to say...

Hmm.hye bloggers..akum

i dunno what to write here...but, i'm kinda bored, lonely, feel empty...

i'm listening to one of my fav. songs: JUST WALK AWAY by Celline Dion..oh God! i really love this song...

when i was a student in UPM, in my final sem..i met AZ..i can say that she was my next door friend..kat bilik dia la aku selalu heret tilam n bantal biler wan takder...the problem is..i'm so afraid to sleep alone! ;p
i dunno why?

then, i always borrowed this cassette from her..and i guess i have fallen in love with this song...i dunno..i like the music arrangement, and the most i like is the wording..so touchy, so meaningful..can't imagine if this thing will happen to me..nauzubillah..

dah byk sgt airmata dalam hidup aku..air mata kegembiraan, kesedihan, sumer ader..NO! i wont cry anymore..i wanna be as tough as i used to be...

and now, i'm in the middle of having my great moment in my life.. having a good and promising career, having the best and always-loving-me family members, having the most understanding and loving hubby...with 1000 of supporting and sporting friends..alhamdullilah!!! THANKS ALLAH..for giving me all these blesses.

Moga aku terus-terusan dirahmati and dilimpahi keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah..amin.

Dan moga aku tidak leka menghitung bintang di langit, hingga lupa pada bumi yg ku pijak..amin.

AKU CINTA KAMU!!!

Wednesday, August 10, 2005

ATTENTION FOR LADIES OUT THERE!!!

Pesanan Dari PDRM
Subject: Fw: Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda Kenali

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan Oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari.
Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan. S
asarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa.
Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya.
Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya.
Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.
Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah
Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian.
Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah Ini.
Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa
Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.
Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak
Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda.
Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Tangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu :

RIDSECT , Membunuh Serangga Dengan Berkesan. :P

RAHSIA SEBELUM TIDUR

4 perkara yg perlu kita buat sebelum tidur...

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra:

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:
1. Sebelum khatam Al Quran.
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah? "

Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah? Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda:
"Sebelum engkau hendak tidur bacalah:

1. Al-Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.

2. Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

3. Beristighfarlah untuk para muslimim maka mereka, akan meredai kamu.
Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat
(Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.)

4. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.


Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.

Adapun amalan Rasulullah sebelum tidur itu membaca surah Al-Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca Suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadian sementara yang sejahtera dan terang-benderang.

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita dijauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

Sekadar peringatan pada diri sendiri dan rakan2..moga dijadikan amalan utk kesejahteraan bersama..Amin..

Tuesday, August 09, 2005

CINTA SEORANG LELAKI

Posted by Picasa


Inilah erti cinta seorang lelaki...pada dasarnya...they are very taugh and strong creatures in this world..but the fact is..they are only humans..with hearts, feeling and emotion..

Read this and study about the person that called MAN..and discover what he will do, at the moment of falling in love with the girl of his dream...

"Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. "
.::THE SIGNS WHEN HE'S FALLING IN LOVE::.
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH CINTA SEORANG LELAKI..bersyukurlah kerana kiter berpeluang memiliki dan merasai cintanya...
B, Ibu sayang B sgt2..sgt syg..ever..janji!!! :p